Monday, May 25, 2009

Renungan bersama....

~Kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah :

1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.

2) Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3) Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.

5) Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati

Wednesday, April 29, 2009

TERIMA KASIH YB AHMAD MASLAN...


Kami daripada pergerakan puteri umno bahagian maran mengucapkan ribuan terima kasih YB Ahmad Maslan,KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA,,,,TIMBALAN MENTERI DI JPM di atas lawatan nye (PROGRAM BERSAMA FELDA DI FELDA JENGKA 7) Maran ...seterusnya mengadakan perjumpaan tertutup bersama kepimpinan UMNO BAHAGIAN MARAN pada 28hb april 2009 jam 9mlm....SELAMAT BERJUANG YB.... terima kasih kerana 'mendengar' suara dari akar umbi.....
MESEJ YG DI BAWA OLEH YB CUKUP JELAS....HIDUP UMNO....
'SATU MALAYSIA'......

Tuesday, April 28, 2009

KEISTIMEWAAN WANITA............

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Friday, April 24, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009......

PERHIMPUNAN AGUNG KHAS UMNO 13- 16 OKTOBER 2009


KUALA LUMPUR: Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah ditetapkan akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan yang akan diadakan khas bagi membincangkan untuk meminda Perlembagaan UMNO.
Perlembagaan tersebut dipinda bagi memberi mandat kepada lebih ramai ahlinya memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat secara serentak di 191 bahagian berbanding dengan pemilihan sebelum ini yang ditentukan bersandar kuota.
Perhimpunan Agung UMNO kali ke-60 ini juga akan diadakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak ketika membuat ucapan sulung sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac lalu untuk membuat perubahan.
Antara yang dipinda ialah untuk mewujudkan proses pemilihan yang lebih terbuka, telus dan demokrasi.Sebelum ini, kepimpinan dipilih oleh sekitar 2000 perwakilan sedangkan ahli UMNO berjumlah lebih 3 juta ahli.Lantaran itu, dengan pindaan dalam Perlembagaan parti akan membolehkan semua ahli-ahli UMNO mengadakan pengundian bagi memilih pemimpin secara serentak di semua 191 Bahagian.
Berdasarkan langkah pembaharuan yang akan dibuat tersebut, terbukti aspirasi dan suara rakyat di peringkat akar umbi akan dapat disalurkan secara terus terutamanya dalam memilih pemimpin yang mereka kehendaki.Oleh itu dengan persetujuan sidang perwakilan, Perlembagaan UMNO akan dipinda dengan mengkaji semula kuota pencalonan yang akan dibincangkan bersama Bahagian-bahagian.
Berkaitan dengan hal tersebut, pada 15 April lalu Ibu pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling memaklumkan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bagi tahun 2009 akan bermula pada 15 Mei sehingga 30 Jun 2009.Manakala bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pula tarikh persidangannya juga adalah sama dalam tempoh tersebut.
Bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuklah Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pula tarikh yang ditetapkan ialah pada 16 Julai sehingga 16 Ogos 2009.
Dalam hal ini, Ibu Pejabat UMNO berharap agar semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya dan dapat mematuhi semua aturan dalam persidangan yang telah digariskan dalam parti.
Sumber: UMNO ONLINE


PUTERI MARAN : Sama-samalah kita membuat perubahan kepada parti keramat UMNO..